Friday, 23 May 2014

CARA DAFTAR PERNIAGAAN DI SSM (MELAKA)

Assalamualaikum!!

Ada sesiapa di sini yang baru mula berniaga? Da register tak perniagaan anda tu? Kalo belum, better gi daftarkan. 

Tak susah pun. Dan tak lama mana pun. Kecuali kalo berderet orang yang nak daftar pada hari yang sama dan hanya ada seorang saja kerani kat kaunter tu.

Kat sini saya bole cerita sikit basic nak daftar bisnes anda. 
Mula2 sila tanya diri anda soalan2 ini:

1. Anda berniaga sorang2 atau ade share partner?

2. Anda nak bisnes anda tu dinamakan atas nama sendiri sebijik dalam ic atau nama glamer?Seperti contoh : Macam-macam Ada Enterprise, Maulana Maula Trading dan sewaktu dengannya. Kalau nama glamer, sila fikir awal2. Dan sediakan lebih dari satu nama kerana takut2 nama glamer tu da ade yang guna.

3. Apa yang anda niagakan?

Bila da ade sume jawapan untuk soalan2 di atas, bole la anda gerak ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Di sini anda akan daftarkan bisnes anda. Oopss lupa. Jangan lupa bawa IC anda. Kalo boleh yang da siap fotostat. SSM nak guna satu salinan je.

Untuk orang Melaka, korang tahu x SSM kat ne? Kat MITC. Bangunan die sebelah bangunan PKNM . Berdepan dengan parking lot yang luaaass tu. Perati betul2 sebab bangunan SSM tu rendah je nak dibandingkan dengan bangunan PKNM tu.

Then bila da sampai, korang masuk pintu depan dia. Ade kakak manis kat kaunter penyambut tetamu. Korang bole tanye die.."Assalamualaikum..saya nak daftar bisnes..caner ek?"
Dia akan bagi borang. Korang bole isi borang tu kat meja tepi tu. Da ada pen siap. Dan ada cara nak isi borang. Jangan nak tanye2 kakak tu lagi. Time ni la gunanya jawapan2 yang da korang fikirkan awal2 tadi. (Kat sini mase yg diambil kira-kira 10minit. Depends laju mane korang tulis)

Da sudah tulis, gi kat kakak tu balik. Die akan tgokkan borang korang tu lengkap ke x. Atau betul ke x. Bile da ok, die akan bagi korang nombor giliran. Korang kena gi kat kaunter lain di sebelah dalam. Masuk sebelah kiri ye. Tunggu nombor korang dipanggil. Kalo xde org lain, time2 tu jgk korang akan dipanggil.

Bagi borang tu kat kakak cun kat kaunter tu. Korang kena bagi duit pendaftaran kat die. Yang guna nama sendiri RM40.00. Yang guna nama glamer RM70.00. (Kalau nak renew, kurangkan RM10.00). Nanti die akan bagi resit bayaran. Then korang kena tunggu sekejap. Dalam 15minit. Kakak cun tu akan proseskan borang korang.

Sila bersedia kerana nama anda akan dipanggil. Bile da dipanggil, korang akan diberi sijl pendaftaran. Selesai... senang kan? Korang boleh berniaga dengan hati yang tenang..

Ehh..jangan lupa, tahun depan renew ok..! 



No comments:

Post a Comment