Monday, 26 May 2014

MATI ITU PASTI..JANJI YANG TAKKAN DIMUNGKIRI

Diluar sana hujan. Saya hanya pandang dari cermin kaca dari dalam pejabat. Dari dulu lagi..bagi saya, hujan ni membawa satu rasa sayu. Entah mana punca, saya pun tak tahu. Segera fikiran saya terbawa ke berita pertama yang saya baca tadi. 

Seorang anggota polis terbunuh. Dan arwah dalam perancangan untuk bernikah lagi beberapa hari. Sentap hati saya. Betapa Allah itu Maha Merancang dan Maha Melaksana. 

~Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Maakiriin...~
Mereka merancang..Allah juga merancang..Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang..

Siapalah kita untuk mengatakan yang kita berhak itu berhak ini. Sebab bila Allah kata jadi..maka jadilah. Kun Fayakun.

Siapa berani kata yang dia tak takut mati? Jarang dengar kan. Kecuali orang-orang soleh yang hatinya sentiasa rindu untuk bertemu Allah. Saya sendiri, bila perkataan mati itu menerpa..saya jadi semacam. Malah macam-macam. Jadi takut. Jadi sedih. Teringat anak-anak..suami..dan semua insan kesayangan saya. Sanggupkah saya meninggalkan mereka?

Dan ketika itu juga ada suara halus berbisik...Adakah mereka itu terlalu penting bagi saya berbanding panggilan Sang Pencipta? Adakah dunia dan segala kesedapannya itu terlalu indah berbanding alam akhirat? Astaghfirullahal azim...

Ketika itulah rasa kerdil itu datang. Kita takut mati. Sebab kita takut amalan kita tak cukup untuk menahan siksaan kubur. Kita sedih sebab kita tak tahu adakah insan-insan kesayangan kita akan mendoakan kita nanti..

Kerana bila mati, kesedapan dunia itu dah lenyap. Yang boleh tolong kita hanya lah 3 perkara. Sedekah jariah kita. Ilmu yang memberi guna. Dan doa2 anak-anak yang soleh.

Fikir-fikirkan lah wahai bakal jenazah!!

ISTIMEWANYA WANITA DARI KACAMATA ISLAM

Assalamualaikum!!

Selamat sejahtera semua wanita di dunia..
Saya percaya, di muka bumi Allah ni ada sesetengah wanita sedang memasak lauk untuk keluarga mereka. Ada yang sedang menyapu sampah atau mengemas rumah. Ada yang sedang bekerja di pejabat, tepi-tepi jalan, gerai makan, butik, atau berniaga dari rumah ke rumah untuk membantu suami menyara keluarga. Pasti ada juga yang sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat. Yang sedang beribadah, wajib atau sunat. 

Hebat kan wanita? Ya, Allah ciptakan wanita itu hebat dengan cara yang tersendiri.

Sebenarnya, dalam Islam, wanita itu istimewa. Ini bukan dusta! Jangan kita rasa yang bila kita ni wanita, kita ni lemah. Memang dari segi fizikal ya. Tapi Allah jadikan wanita itu kuat jiwanya.

Cuba baca ni:

1. Doa wanita itu lebih makbul dibanding lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat dibanding lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, ”Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah .Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW di dalam syurga);
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
6. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka, dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa, serta sikap bertanggung-jawab, maka baginya adalah surga.
8. Apabila ayah dan ibumu memanggil secara bersamaan, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Ucapan Aisyah R.A.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu pada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga shalat dan puasanya
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam surga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. Subhanallah, betapa mulianya kedudukan seorang perempuan.
Selepas mengetahui ini semua..adakah anda menyesal dijadikan sebagai wanita? Jangan sesekali!!

Friday, 23 May 2014

CARA DAFTAR PERNIAGAAN DI SSM (MELAKA)

Assalamualaikum!!

Ada sesiapa di sini yang baru mula berniaga? Da register tak perniagaan anda tu? Kalo belum, better gi daftarkan. 

Tak susah pun. Dan tak lama mana pun. Kecuali kalo berderet orang yang nak daftar pada hari yang sama dan hanya ada seorang saja kerani kat kaunter tu.

Kat sini saya bole cerita sikit basic nak daftar bisnes anda. 
Mula2 sila tanya diri anda soalan2 ini:

1. Anda berniaga sorang2 atau ade share partner?

2. Anda nak bisnes anda tu dinamakan atas nama sendiri sebijik dalam ic atau nama glamer?Seperti contoh : Macam-macam Ada Enterprise, Maulana Maula Trading dan sewaktu dengannya. Kalau nama glamer, sila fikir awal2. Dan sediakan lebih dari satu nama kerana takut2 nama glamer tu da ade yang guna.

3. Apa yang anda niagakan?

Bila da ade sume jawapan untuk soalan2 di atas, bole la anda gerak ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Di sini anda akan daftarkan bisnes anda. Oopss lupa. Jangan lupa bawa IC anda. Kalo boleh yang da siap fotostat. SSM nak guna satu salinan je.

Untuk orang Melaka, korang tahu x SSM kat ne? Kat MITC. Bangunan die sebelah bangunan PKNM . Berdepan dengan parking lot yang luaaass tu. Perati betul2 sebab bangunan SSM tu rendah je nak dibandingkan dengan bangunan PKNM tu.

Then bila da sampai, korang masuk pintu depan dia. Ade kakak manis kat kaunter penyambut tetamu. Korang bole tanye die.."Assalamualaikum..saya nak daftar bisnes..caner ek?"
Dia akan bagi borang. Korang bole isi borang tu kat meja tepi tu. Da ada pen siap. Dan ada cara nak isi borang. Jangan nak tanye2 kakak tu lagi. Time ni la gunanya jawapan2 yang da korang fikirkan awal2 tadi. (Kat sini mase yg diambil kira-kira 10minit. Depends laju mane korang tulis)

Da sudah tulis, gi kat kakak tu balik. Die akan tgokkan borang korang tu lengkap ke x. Atau betul ke x. Bile da ok, die akan bagi korang nombor giliran. Korang kena gi kat kaunter lain di sebelah dalam. Masuk sebelah kiri ye. Tunggu nombor korang dipanggil. Kalo xde org lain, time2 tu jgk korang akan dipanggil.

Bagi borang tu kat kakak cun kat kaunter tu. Korang kena bagi duit pendaftaran kat die. Yang guna nama sendiri RM40.00. Yang guna nama glamer RM70.00. (Kalau nak renew, kurangkan RM10.00). Nanti die akan bagi resit bayaran. Then korang kena tunggu sekejap. Dalam 15minit. Kakak cun tu akan proseskan borang korang.

Sila bersedia kerana nama anda akan dipanggil. Bile da dipanggil, korang akan diberi sijl pendaftaran. Selesai... senang kan? Korang boleh berniaga dengan hati yang tenang..

Ehh..jangan lupa, tahun depan renew ok..! 



Tuesday, 20 May 2014

EKSTRAK KACIP FATIMAH

Assalamualaikum!!

Saya bangun awal harini. Ingat xnk rushing g keja. Tapi tula..kita hanya merancang..yang tentukan Allah jua. Tapi Allah jgk yang bagi rezeki kat saya traffic light ijau je. So xdelah lewat sgt sampainye saya. Alhamdulillah..

Berbalik pada tajuk, ermm..kacip fatimah..pernah dengar? Mesti pernah kan. Terutama yang perempuan. Biasalah..kacip Fatimah memang sinonim dengan perempuan.

Saya pengedar sah Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM.  Akak, adik, makcik da try x EKF ni? Kalo belum, saya cadangkan, try la. EKF ni banyak khasiat. Dan ianya BUKAN mitos ok. Siapa yang dah makan EKF ni akan dapat rasa sendiri kebaikannya. Termasuk saya.

Ekstrak Kacip Fatimah Phyto Plus
Ok. Biar saya senaraikan antara khasiat EKF ni ye..

1. Mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang sudah lama tidak datang haid atau      
    masalah kitaran haid yang tidak teratur.

2. Mengurangkan keputihan atau lendiran yang melampau dari faraj.

3. Merawat kecederaan dan mengecutkan rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran.

4. Menambah tenaga dan syahwat semasa hubungan intim bersama suami.

5. Melancarkan proses kelahiran bayi (diambil pada minggu ke-38).

6. Melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot.

7. Melancarkan perjalanan darah haid sekaligus mengurangkan sakit senggugut.

8. Mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin.

9. Mengurangkan risiko ‘turun rahim’ atau uterine prolapsed.

10. Mengurangkan masalah menopause seperti rasa panas, kekeringan, dan kegelisahan.

Cukup sepuluh. Banyak kan? So takde sebab kenapa taknak try terutama yang ade masalah.

Mesti ade yang cakap..’ala..da berlambak produk kacip Fatimah..’ kan?

Ya, betul. Tapi macam pantun dulu2. Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang..aiceh. Memang EKF dari UTM ni lain dari produk yang lain.

Ape lainnye? Sebab EKF ni 100% EKSTRAK iaitu pati. Bukan seperti keluaran lain yang menggunakan serbuk batang kayu atau pun ade campuran bahan lain yang kita sendiri tak tahu ape fungsinya.

Nak rasa selamat, ambil EKF ni. Halal da tentu. Dan yang membuat ianya terjamin ialah kerana EKF dikeluarkan setelah melalui penyelidikan, kajian dan pantauan oleh Institut Pembangunan Bioproduk UTM. Tak semua produk lain kat luar sana melalui proses R & D seperti ni ye..

Cukup la setakat ni. Lain kali saya akan selit2 kan cerita EKF ni. Jangan lupa ya..untuk yang berminat nak try EKF, kontek saya.Cuba la. Saya dah. Awak bile lagi?

Call/Mesej/Whatsapp : 017-6338537

Monday, 19 May 2014

~..AWAL KATA

Assalamualaikum!!
Bukan beginner sangat la kan saya ni.sebab dulu mase mude2 sket dulu ade blog tp...tu sume POYO!! Bile bace balik macam gedik pun ade.Tp xpe. Yang lepas biar lepas. Lets start a new chapter.Jangan ade POYO lg.
Ade blog mmg bagus.Serious!Bole tulis ape je yg kite nak. Macam saya, saya mmg suke writing.Really love it!Sesuai dengan karakter saya yang malu2 diam ni..hahahaha ..eh tadi kate xnk POYO? Apekah..
Ok2..sudah cukup sudah..nanti kite jumpe lg..k bai