Bile sebut member, automatik satu nama dtg dlm otak saya. Kak Sela. Then baru datang nama-nama lain. Kak Aisah, Tini, Anum etc. Apa istimewanya Kak Sela ni ye? Dia bukan bidadari bagi saya. Cuma seorang kawan yang sangat memahami. Sentiasa ada bila diperlukan. Caring tentang kita.
Apa yang kite carik pada seorang sahabat? Itu subjektif. Bergantung pada niat dan tujuan kita.
Saya mula belajar tentang sahabat ketika sekolah menengah. Maklumlah, stay hostel. Jauh dari pandangan mata parents. So di sini saya bersahabat dengan Kartini. Orangnya baik. Agak lurus. Waktu sama-sama jadi pengawas, die dilantik sebagai Ketua Portfolio Kerohanian. Saya? Saya pengawas biase je. Dan sebab biase2 tu la saya jadi pengikut tetap si Tini ni. Walaupun saya ni bukan kategori budak baik. Selalu skip solat jemaah di surau sekolah, saya tetap kawan dengan dia sampai tamat sekolah menengah. Entah kenapa walaupun kami x bnyk persamaan, tapi Allah tetap nak saya dan dia bersahabat.
Then ade rezeki masuk matrik UUM. Kat sini, roomate saya adalah sahabat saya. Jun, Ida dan Yan. Diorang memang sempoi. Cuma saya terkena culture shock. Bukan terlalu liar namun untuk seorang yang naif mcm saya ketika itu, segalanya sungguh bebas. Mak abah terlalu jauh nun di selatan dan saya di utara. Cuma Allah sahaja yang ada untuk bantu saya kawal diri sendiri dari tersasar menjauhi matlamat masuk U.
Alhamdulillah, keputusan matrik yang baik membolehkan saya sambung degree di tempat yang sama. waktu ini saya jadi blur sbb kawan-kawan saya dah xde. Kami berpecah mengikut jurusan masing-masing. Jiwa xsama mungkin. hehe. First year, saya sebilik dengan..dengan..aduh saya xingat nama. Haa..Norin, Carol dan Yah. Carol seorang kristian. Tapi amat menghormati saya dan yang lain. Kadang-kadang dia yang kejutkan saya waktu subuh. Waktu ni, yang sehati dengan saya, Norin. Dan yang sejiwa Yah. Faham x? Mereka xsama tapi saya bole rapat dengan mereka ikut perkara-perkara tertentu. Disini tiada istilah kawan baik bagi saya sebab tiada yang benar-benar buat saya rasa chemistry itu wujud. Time ni saya bnyk habiskan masa dengan latihan silat dan chatting. Sukarnya nak cari sahabat! Dan kerana itu lah buat pertama kalinya saya rapat dengan sorg lelaki. Kononnya dia la yang ambil berat pasal saya..adoi..wpun benar dia ambil berat, tp itu sume mungkin atas niat lain. Mungkin la..ok lupakan.
Saya tak ingat dengan jelas, waktu bila saya mula rapat dengan Kak Sela. Yang saya ingat, saya mula aktif silat, daki gunung..waktu tu saya masih sendiri. Mean masih dalam dunia sendiri. Then entah macamana saya mulai rapat dengan Kak Sela. Mula rajin tido bilik Kak Sela. Bilik sendiri da jadi macam hotel. Roomate nak jumpa pun susah. Asik hilang je. Sampai tarik-tarik muka juga la. Mungkin diorang pun naik menyampah tengok muka saya yang kejap ade kejap tak tu agaknya. Saya akan ada di bilik bila ada kelas dan sibuk dengan assignment. Ya Allah..rindunya masa belajar dulu2...
Istimewanya Kak Sela adalah kerana dia adalah kakak. Caring and lovingnya dia sebagai seorang kakak. Yang lebih tepat, saya dan dia rapat sebab sama-sama 'gila' bersilat. So bnyk masa habis bersama dan kalo x jumpa memang boring giler la senang cakap.
Lagi sorang kakak yang sangat lah memahami, Kak Aisah. Kawan Kak Sela. Saya masih ingat waktu tu, duit saya kena curi RM100. Itu lah yang ada. Dan bila hilang, saya jadi sangat kecewa kerana saya xde duit nak makan. Macamana ni? Saya baring atas katil Kak Aisah, dalam bilik Kak Aisah (xmalu betul). Saya tekup muka. Sedih, hiba sebab ade orang yang sampai hati ambik duit saya di waktu tengah sesak tunggu pinjaman masuk. Waktu itu lah, tanpa bertanya, Kak Aisah hulur duit RM10 (ke RM20?) kat tangan saya. Dia terus keluar pegi kelas. Waktu tu RM10 bole kenyang makan 2 hari. Saya terus rasa nak menangis. Sangat2 touching dengan caringnya Kak Aisah. Duit RM10 hanya syarat. Padahal selalu je kakak2 ni belanja saya.
Begitu juga dengan Mazrin. Dia lah satu2 nya kawan yang berani pinjamkan saya duit dalam jumlah yang banyak dengan hanya meletakkan kepercayaan yang saya akan ganti balik bile duit pinjaman masuk. Aih..rindunya kat depa..
Teringat mcmana saya tahan air mata dari jatuh waktu Kak Sela melangkah balik bile da tamat belajar. Nak kawan dengan siapa lagi? Dan waktu tu saya sedar saya da keseorangan. Hikmahnya, saya lebih konsentret pada pelajaran bila keseorangan.
Itu la cerita harini. Macam x ade motif je kan. Tapi motif saya tulis begini adalah kerana saya rindu dengan kawan2 saya yang dulu. Yang x ada galang gantinya. Yang x terjumpe lagi seperti mereka sekarang ni. Dan pada ketika ini, saya sedang menaip di dalam sebuah bilik di sebuah pejabat yang menempatkan sejumlah kecil pekerja di mana hanya saya seorang perempuan. Memang xde kawan!